Langkau ke kandungan utama

Catatan

Yang Ditampilkan

Pengalaman Memancing yang sentiasa dalam ingatan..

  Semasa usia 5-10 tahun ..  semasa ibu membasuh kain di atas jamban ( rakit) ditepi sungai pahang..saya memancing di celah batang dan buluh jamban ( panggilan orang dulu dulu).Panjang tali pancing 2-3 meter. Sebelum memancing saya akan mencari udang kecil di celah celah rekahan batang jamban, dapat 2-3 ekor..makan mentah 2 ekor..seekor lagi dijadikan umpan... manis rasanya..Saya menghulurkan pancing berumpan di celah batang jamban yang sempit.Tiba tiba tali pancing pendek itu ditarik kuat oleh seekor ikan.Setelah melayan dalam tempoh masa agak lama nampaklah kepala ikan itu...ikan belida yang besar... masalahhhhhh .. macam mana nak naikkan ikan itu di celah batang yang sempit? Ibu pun turun ke dalam air untuk menyelam ke bawah jamban bagi mendapatkan ikan tersebut. Ikan tersebut terkejut dan membuat sentapan kuat lalu putus... kami kecewa.. Ibu bertanya saya,"besar mana ikan itu".Saya menjawab" mulut dia nganga muat selipar saya". Saya masih ingat dialog itu kerana...

Catatan Terbaharu